Surau Al-Mukhlishin

Surau Al-Mukhlishin (Fasa 2) Desa Pinggiran Putra, Sg Merab , Kajang, Selangor Darul Ehsan. Pembinaan fasa 1 ini ialah untuk menyiapkan sebahagian bangunan surau sebelum bulan Ramadhan. Kini, surau sementara kami menumpang insan mulia Rumah En. Rashdi tanpa sebarang bayaran.Pembinaan surau ini berdasarkan 3 orang pekerja profesional Indonesia dan juga gotong-royong ahli jamaah Fasa 2 Surau Al-Mukhlishin sendiri. Segala ayat yg tertera adalah pendapat peribadi(saya).

Saturday, September 09, 2006

Konkrit Roof Beam

Assalamulaikum...

Kerja-kerja menuang konkrit untuk 'roof beam'. Roof beam adalah di antara struktur bangunan yang perlu kuat kerana ia akan menyokong struktur bumbung yang berat. Struktur bumbung mempunyai banyak kayu, atap genting dan berat boleh menyebabkan roof beam retak sekiaranya ia dipasang sebelum ia cukup mengeras.


Dari awal pagi lagi, 5 orang tukang Indon cuba meyiapkan kerja-kerja akhir untuk menyiapkan roof beam termasuk 'touch-up' terakhir besi beam dan 'form work'nya. Hujan yang lebat menyebabkan kerja menung konkrit tertunda sehingga 3:45pm. Bukan itu sahaja ... kehadiran sukarelawan juga tertangguh untuk turun ke padang.. Oii Mana ni....? Pada mulanya, hanya dua sukarelawn yang turun padang membantu pekerja Indon untuk proses menuang konkrit. Proses kerja kali ini agak sukar kerana terpaksa membawa simen konkrit utk dituang di atas beam bumbung. Macam nak tangal bahu saya tetapi disebabkan mamat Indon tu relek aje... kita pun kena control Macho la... Di sebelah atas ialah sukarelawan termuda kami Akmal yang hanya berusia 13tahun tapi semangat mengalahkan yang lain... malu .. malu ....


Pada sebelah petang 5:00pm, bilangan sukarelawan semakin bertambah tetapi ia juga waktu berakhirnya pekerja Indonesia... "Wak pun nak balik...tapi ingat... 2 bero simen, 3 bero Batu kikir, 1 1/2 beg simen'" pesannya. Sapa tau nama Wak boyan ni... nanti saya periksa.. Petang tersebut...sukarelawan mula menuang konkrit hingga hampir menjelang Azan Maghrib...


Kerja-kerja menuang konkrit disambung semula selepas solat Isyak. Kedatangan sukarelawan kali ini lebih menggalakkan dan menjadikan suasana bertambah meriah. Kerja yang paling teruk pada tahap inilah membancuh simen dan menyedok simen ke atas... Sakit pinggang dan bahu den... Bahu saya masih terasa kebas di pagi ini kerana kerja-kerja malam tadi. Bahagian lain pun rasanya teruk juga cuma saya buat hanya bahagian ini...yg lain tu .. saya tak pasti... Den tak boleh panjat ke atas ... takut roboh... Gotong-royong berjalan lancar kerana masing-masing sudah mula arif dengan tugas masing-masing.. Jangan terkejut sekiranya selepas ini masing-masing boleh renovate rumah dengan sendiri..ikat besi, bancuh simen, konkrit ting...semua itu ...No hal...betul tak...?

Kerja-kerja menuang konkrit roof beam berlanrutan sampai ke pagi... Saya pulang ke rumah pada pukul 1:08am sedangkan kerja-kerja sedang rancak diteruskan... Kawe dok leh gi.... Walaupun terdapat beberapa sahabat yang pulang secara senyap-senyap, namun begitu masih ramai yang tetap bertenaga meneruskan kerja-kerja menuang konkrit tersebut..... Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai... kerja-kerja menuang konkrit berlanjutan lebih kurang sampai pukul 3:00 pagi... dah tak larat.... Sehinggakan ada yang terlena di kawasan bancuh simen... Kerja-kerja harus diteruskan untuk memastikan roof beam di bahagian tengah di dalam satu struktur yang kuat. Kerja-kerja dihentikan kerana bekalan simen habis walaupun sebenarnya masih terdapat 4 beg simen yang tersorok di dalam khemah operasi... Nasib baik saya dah balik.. tak tahan bang...

Syabas semua .... Semoga amal jariah sahabat sekelian kekal sampai bila-bila....
wslm

0 Comments:

Post a Comment

<< Home