Surau Al-Mukhlishin

Surau Al-Mukhlishin (Fasa 2) Desa Pinggiran Putra, Sg Merab , Kajang, Selangor Darul Ehsan. Pembinaan fasa 1 ini ialah untuk menyiapkan sebahagian bangunan surau sebelum bulan Ramadhan. Kini, surau sementara kami menumpang insan mulia Rumah En. Rashdi tanpa sebarang bayaran.Pembinaan surau ini berdasarkan 3 orang pekerja profesional Indonesia dan juga gotong-royong ahli jamaah Fasa 2 Surau Al-Mukhlishin sendiri. Segala ayat yg tertera adalah pendapat peribadi(saya).

Wednesday, September 06, 2006

Mula Membina Form Work utk Roof Beam

Assalamulaikum...

Inilah hasil selepas selepas bertungkus-lumus tuang konkrit malam tadi...Sampai ada yang mengigil kaki sebab panjat stand utk menuang konkrit. Jumlah kehadiran sukarelawan pada malam tadi sungguh menggalakkan ..mungkin selepas pasang baner kot atau hujung minggu pertama....

Pada hari ini, kerja membuka column Tiang bermula dan memasang form work untuk roof beam . Di atas kanan ialah gambar hasil tiang yang cantik walaupun belum keras sepenuhnya. Kayu penyokon mula dipasang bagi memastikan tiang tersebut tidak rosak/retak dan menyokong form work roof beam yang akan dipasang kelak.

Di sebelah kanan monitor anda adalah pandangan bangunan dari tengan padang. Kelihatan struktur asas bangunan mula membentuk. Kegembiraan di hati masing-masing ..tuhan saja yang tahu...

Senyum lebar wan...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home