Korek Footing
Assalamulaikum...
Sahabat sekelian, Kerja-kerja mengorek lubang bermula sebagai tanda permulaan kerja pembinaan secara resminya...walaupun tidaa majlis perasmian. Jimat.... Dengan semangat dan mengharap keberkataan Yang Maha Esa, kami berdoa semoga segala projek pembinaan Surau Al-Mukhlishin akan berjaya hingga selesai. Tiada ganjaran metrialistik yang ditawarkan... hanya berharap keberkatan hasil titik peluh ini akan menjadi saham yang kekal hingga ke akhir hayat... Insya-Allah.
Kerja mengorek lubang untuk struktur 'footing' sedalam di antara 5~6 kaki ini dilakukan dengan jentra yang disewa (RM150 termasuk korek base beam) oleh En. Zohri... Kalau nak korek pakai tangan ..tak larat bang....! Pada mulanya... pening juga nak fikir siapa yang akan gali ... saya dah nak cabut aje... Sebelum ini..pelbagai persediaan telah dilakukan samaada oleh 2 orang pekerja/tukang Indonesia dan sukarelawan pada hujung minggu dan malam pada hari bekerja.
Gambar disebelah kanan ialah beberapa bahan binaan yang didermakan oleh beberapa individu dan juga kumpulan seperti Genting bumbung dari Surau Fasa 1, batu-bata, batu kerikir , pasir dan lain-lain. walaupun kuantitinya tidak seberapa tetapi ia tetap sumbangan yang mulia... terharu... ;-)
0 Comments:
Post a Comment
<< Home