Surau Al-Mukhlishin

Surau Al-Mukhlishin (Fasa 2) Desa Pinggiran Putra, Sg Merab , Kajang, Selangor Darul Ehsan. Pembinaan fasa 1 ini ialah untuk menyiapkan sebahagian bangunan surau sebelum bulan Ramadhan. Kini, surau sementara kami menumpang insan mulia Rumah En. Rashdi tanpa sebarang bayaran.Pembinaan surau ini berdasarkan 3 orang pekerja profesional Indonesia dan juga gotong-royong ahli jamaah Fasa 2 Surau Al-Mukhlishin sendiri. Segala ayat yg tertera adalah pendapat peribadi(saya).

Monday, August 28, 2006

Progress as at August 28, 2006






Assalamulaikum...

Pada tahap ini kebanyakkan kami adalah tergolong orang yang tidak pernah menyentuh serbuk simen...Ini apakan lagi utk membancuh simen... Oleh demikian... hari ini kami bermula dengan aktiviti membengkok besi ling untuk beam(R8= 8mm diameter) . Setelah mendapat tujuk ajar oleh pekerja indonesia ..kami mula membengkokkan besi ling untuk tiang, sitam, dan beam... Sakit tangan den... nasib baik ado sarung tangan....

Sunday, August 27, 2006

Footing dan kambus semula

Assalamulaikum

Kini setelah lubang untuk footing dikorek, bermulalah process pembinaan footing. Footing sebenarnya seperti struktur ompak rumah kampung. Sekali pandang sebiji seperti ompak rumah arwah bapak saya manakala sitam seperti tiang bawah rumah.. betul tak...? Selepas simen konkrit mengeras, colum dibuka dan ia dikambus semula dengan tanah untuk menutup lubang disekeliling footing tersebut. Base Beam akan berada diatas struktur ini seperti gelegar rumah kampung berada di tiang rumah anda.



Gotong-royong mengambus tanah pada sekeliling struktur sitam & footing memag memenatkan badan terutamanya bagi mereka yang jarang berkerja menggunakan pergerakkan yang agresif pada masa yang agak panjang.. seperti saya ...Molochit tangan den... Den tukang ambik gambo aje..

Thursday, August 24, 2006

Korek Footing


Assalamulaikum...

Sahabat sekelian, Kerja-kerja mengorek lubang bermula sebagai tanda permulaan kerja pembinaan secara resminya...walaupun tidaa majlis perasmian. Jimat.... Dengan semangat dan mengharap keberkataan Yang Maha Esa, kami berdoa semoga segala projek pembinaan Surau Al-Mukhlishin akan berjaya hingga selesai. Tiada ganjaran metrialistik yang ditawarkan... hanya berharap keberkatan hasil titik peluh ini akan menjadi saham yang kekal hingga ke akhir hayat... Insya-Allah.

Kerja mengorek lubang untuk struktur 'footing' sedalam di antara 5~6 kaki ini dilakukan dengan jentra yang disewa (RM150 termasuk korek base beam) oleh En. Zohri... Kalau nak korek pakai tangan ..tak larat bang....! Pada mulanya... pening juga nak fikir siapa yang akan gali ... saya dah nak cabut aje... Sebelum ini..pelbagai persediaan telah dilakukan samaada oleh 2 orang pekerja/tukang Indonesia dan sukarelawan pada hujung minggu dan malam pada hari bekerja.

Gambar disebelah kanan ialah beberapa bahan binaan yang didermakan oleh beberapa individu dan juga kumpulan seperti Genting bumbung dari Surau Fasa 1, batu-bata, batu kerikir , pasir dan lain-lain. walaupun kuantitinya tidak seberapa tetapi ia tetap sumbangan yang mulia... terharu... ;-)

Friday, August 11, 2006

Lakaran Plan dan sejarah


Assalamulaikum

Tuan sekelian, Di atas ialah gambar Master Plan Surau Al-Mukhlishin Desa Pinggiran Putra ( Fasa 2), Sungai Merab, Kajang, Selangor. Surau ini dijangkakan akan menelan perbelanjaan sebanyak RM300,00.00.

Walaupun Pembinaan surau ini lewat dari rancangan asal, namun begitu ia akan diteruskan selepas mendapat kelulusan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Kebenaran Pembinaan Bangunan oleh Majlis Daerah Sepang. Pembinaan Surau ini akan dibahagikan kepada 2 bahagian.

Peringkat 1 : Membina bangunan Kelas KAFA yg akan menjadi Surau sementara .

Peringkat 2 : Membina bangunan utama surau.

Kelas KAFA akan dijadikan sebagai pusat pendidikan agama di kawasan kami. Namun begitu akan dijadikan surau sementara sehingga bangunan surau utama siap. Pada Masa ini, Surau Al-Mukhlishin beroperasi di No 2, Jalan 4A/11 , Desa Pinggiran Putra di atas sumbangan En Rashdi insan Mulia. Beliau tidak pernah mengambil satu sen selama 3 tahun ini walaupun telah ditawarkan oleh ahli jamaah kami.

Pelbagai usaha untuk mengumpul dana pembinaan surau ini namun demikian ia masih tetap berkurangan. Oleh demikina , kami memohan jasa baik Tuan sekelian dapat menyumbang sebagai aset saham kekal untuk bekalan kemudian nanti.

Tuan Boleh Menyumbang dengan menklick Surat Jawapan di menu utama atau hubungi En Zohri : 013-3886373 , En. Ahmad Nazri 013-3670467 atau Acc. Bank Muamalat (1601-0000-293712)

Wslm

Nukilan Tamsir