Surau Al-Mukhlishin

Surau Al-Mukhlishin (Fasa 2) Desa Pinggiran Putra, Sg Merab , Kajang, Selangor Darul Ehsan. Pembinaan fasa 1 ini ialah untuk menyiapkan sebahagian bangunan surau sebelum bulan Ramadhan. Kini, surau sementara kami menumpang insan mulia Rumah En. Rashdi tanpa sebarang bayaran.Pembinaan surau ini berdasarkan 3 orang pekerja profesional Indonesia dan juga gotong-royong ahli jamaah Fasa 2 Surau Al-Mukhlishin sendiri. Segala ayat yg tertera adalah pendapat peribadi(saya).

Sunday, September 03, 2006

Kambus Tanah Utk Lantai

Assalamulaikum

3 Sept 06 , Pada hari ini kami melakukan kerja memampatkan tanah yang akan menjadi lapisan bawah lantai di dalam struktur beam . Bilangan peserta sukarelawan semakin bertambah dan juga dibantu oleh beberapa Mat bangla yang sedang bercuti turut serta secara sukarela dan ikhlas. Mulia dihati mereka. Semoga sahabat sukarelawan sekelian dicucuri rahmat.


Bukan itu sahaja, malahan kita telah dapat meminjam mesin pemampat tanah dari developer atas bantuan pekerja tersebut. Dengan bantuan mesin ini menjadikan kerja-kerja pemampatan tanah lebih sempurna dan lancar. Di sebelah kanan anda dapat perhatikan En. Rozian sudah mahir mengunakan mesin tersebut.
Tanah haruslah dimampatkan sepenuhnya supaya tiada ronga atau ruang udara dibawah sruktur lantai kelak.


Pada sebelah malam tersebut, gotong-royong untuk konkrit sebahagian struktur lantai dilakukan. Amat terkejut sekali kerana sambutan dah kehadiran pada kali ini menemukan ramai sukarelawan baru. Ahli lama tetap ada... Alhamdulillah... Subhanaallah...! Allah Maha Besar.. Walaupun hujan gerimis turun...mereka semua tidak sedikit pun berganjak kerana hujan hanya ditengah jalan...tepi OK...he..he.. ;-)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home