Surau Al-Mukhlishin

Surau Al-Mukhlishin (Fasa 2) Desa Pinggiran Putra, Sg Merab , Kajang, Selangor Darul Ehsan. Pembinaan fasa 1 ini ialah untuk menyiapkan sebahagian bangunan surau sebelum bulan Ramadhan. Kini, surau sementara kami menumpang insan mulia Rumah En. Rashdi tanpa sebarang bayaran.Pembinaan surau ini berdasarkan 3 orang pekerja profesional Indonesia dan juga gotong-royong ahli jamaah Fasa 2 Surau Al-Mukhlishin sendiri. Segala ayat yg tertera adalah pendapat peribadi(saya).

Sunday, September 24, 2006

Tak Muat...sampai terkeluar oii....!

Assalamualaikum wbt

Hari ini sudah masuk 01 Ramadhan 1427Hijrah. Kehadiran ahli jamaah pada malam semalam amat mengalakkan dengan jumlah yang diluar jangkaan.. sampai tak cukup ruang solat. Ada sahabat yang terpaksa menunaikan solat di luar/ porch surau. Bukan itu sahaja.. malahan ada yang terpaksa berpatah-balik pergi ke masjid untuk menunaikan solat Isyak dan Tarawikh.
Memang seperti yang telah dijangkakan , pada setiap awal bulan Ramadhan, kehadiran jamaah solat Isyak dan Tarawikh akan melonjak tinggi dan kemudian diikuti dengan kadar menurun... 'Hujung-hujung bulan Ramadhan..kebiasaannya ramai yang syahid’ kata-kata Ustaz Khaidir sekolah saya di Muar yang masih saya ingat sehingga hari ini..


Pada awal pagi 01 Ramadhan , En Izam sudah datang untuk membina lantai/platform untuk ruang solat sementara di’canopy’ sekiranya kehadiran jamaah yang lebih ramai. Sebelah kehadiran lebih ramai sukarelawaan menjelang t/hari seperti En Rozian, Cikgu Hajazi, En Zohri dan yang lain.

Alhamdulillah... Seperti yang dijangkakan.. Kehadiran jamaah yang lebih ramai pada hari ke-dua Solat Tarawikh. Alhamdulillah... dengan persediaan ala-kadar..kini ruang solat mencukupi berbanding semalam...

Syabas sekelian...Perjuangan kita masih jauh... Bangunan Surau masih di dalam proses mengumpul dana dan akan diteruskan.

Tamsir masih tak berdaya ..pose....

Saturday, September 23, 2006

Esok Puasa....!

Assalamualaikum wbt

Tinggal satu hari lagi bulan Ramadahan 1427H akan menjelang. Walaupun Surau/Musollah kita masih serba kekurangan, ahli jamaah kita sedang berusaha menjadikan ia lebih selesa atau lebih sempurna. Pada hari ini banyak kerja yang perlu diselesaikan. Dari awal pagi hari lagi kita sudah memulakan kerja ‘final touch up’. Kerja-kerja ini terbahagi kepada 3 bahagian.

Kumpulan pertama ialah untuk menyiapkan bahagian dalam solat seperti mengecat dinding, memasang plastic dan tikar lantai. Lapisa pertama Cat Sealer ditaja oleh salah seorang Jamaah kita. Ingatkan 20 liter cukup.. rupanya tak cukup juga… Sampaikan Cikgu tak sempat tukar baju selepas balik dari sekolah ..( Ganti untuk cuti hari raya)
Kumpulan kedua ialah untuk menyiapkan ruang solat muslimah dibahagian kiri bangunan. Ini termasuk dinding, tempat wuduk sementara, wiring lampu, kipas angin dan banyak lagi. Kita mengunakan segala bahan binaan yang terpakai dari surau lama dan peralatannya sekali…

Kumpulan ketinga ialah membersihkan rumah En. Rashdi (Surau lama) dari segala habuk, kekotoran dan segala kerosakkan sepanjang pengunaan kami. Kerja pembersihan terpaksa ditangguhkan memandangkan kekurangan tenaga kerja untuk menyiapkan bahagian surau baru. Pembersihan akan di sambung pada hari selasa atau Sabtu minggu hadapan. Ia hanya untuk memindahkan barang-barang atau perkakas rewang dan mengecat semula sebelum dikembalikan kepada Tuan rumah dengan lebih sempurna.
Abg Rahimi tengah curi tulang ayam....

Terima kasih semua

Wslm

Gembira sampai nak nangis

Friday, September 22, 2006

Lampu, kipas pun dah ada....!

Assalamualaikum wbt

Kerja-kerja pendawaian pada malam semalam diteruskan dengan kerja pemasangan lampu, suis box, soket plug, DB unit dan kipas angin, Kerja-kerja bermula dalam pukul 10pm, selepas Ahli Jamaah bertahlil atas jemputan dari Fasa 1. Lampu dan kipas angin terpakai ini adalah pemberian dari individu dan kipas angin ini masih elok digunakan. Kerja-kerja pmencuci kipas angin ini dilakukan sebelum ia dipasangan di siling kerana ia lebih mudah.. Kalau cuci selepas pasang..alamat sakit tengkuk le jawabnya….


Pada malam ini, sekali lagi En.Anuar menjadi hero dengan hasil kerja yang pantas dan teratur… Al-makulmlah… hanya dia dan En.Zohri sahaja yang arif dalam bidang ini. Yang lain hanya tolong- tolong sahaja. Saya pun hanya tolong tengok aje..!
Jika anda lihat …



Pak Iman (pakai Kupiah) pun dah boleh wiring pasang soket plug. Pemasangan segala peralatan ini siap pada tengah malam dengan sempurna. Terima kasih kepada Ahli Jamaah dan penderma yang budiman seperti anda...






Esok, kerja menyiapkan kawasan Solat Jamaah Muslimah dilakukan dan gotong-royong membersihkan untuk memindahkan surau dari Rumah Abg Rashdi ke bangunan ini dengan rasmi... Banyak lagi kerja yang nak dibuat...






Wslm

Ada sesiapa nak derma tile lantai..?

Thursday, September 21, 2006

Frame tingkap dah sampai.....!

Assalamulaikum

Akhirnya bingkai tingkap aluminium sudah sampai pada pagi hari semalam.... Nampaknya kerja pemasangan bingkai tingkap cepat dan nampak mudah tapi sebenarnya ia memerlukan skill yang agak tinggi. Ini kerana untuk mengelakkan ia senget ke arah kiri atau kanan mahupun ked epan atau ke belakang.... Sebab tu pasangan tingkap kebiasaannya agak mahal. Kalau den yang buek..mau berpoluh den...he.. ;-),


Pada masa yang sama, pekerja indonesia memulakan kerja untuk membuat lapisan lantai yang terakhir sebelum memasang tiles ( Itupun kalau ada bujet...!). Pada masa yang sama proses ini juga untuk memastikan level lantai ( leveling) dirata untuk mengelakkan air bertakung, mahupun kekemasan yang sempurna. Hebat tu....

Dari perbincangan masyuarat AJK Surau semalam, kerja memindahkan surau dari tempat lama ke bangunan ini akan diadakan pada hari sabtu ini sebelum puasa. Kita akan mengadakan gotong-royong seperti memasang lampu, kipas angin, cuci lantai dan touch up terakhir pada malam ini 21 Sept 2006. Kerja mengecat (under coat) bahagian dalam akan dilakukan pada hari esok.

Walaupun bangunan ini belum siap sepenuhnya, Aktiviti ibadah akan dimulakan di surau sementara ini pada 1 Ramadhan 1427 , tahun ini.. Subhanallah.. Alhamdulillah... Allah huakbar..! Sekiranya kita melihat pada struktur... bangunan ini hanya sempat disiapkan bahagian dalam bangunan sahaja walaupun tiada siling, dan tiles lantai.

Sungguhpun begitu, ia bukan penghalang untuk kami memulakan ibadah solat terutamanya 1 Ramadhan 1427 ini. Gembira betul dihati den.... Bahagian luar akan diplaster selepas hari raya mengikut budjet dan keadaan. Yang pasti.. pembinaan akan tetap diteruskan dengan sokongan sahabat, saudara, Tuan sekelian.

Insyaallah...

Tamsir MC lagi....

Tuesday, September 19, 2006

Wayar berselirat...Poning Den..

Assalamualaikum wbt

Kerja-kerja pendawaian elektrik dilakukan sehingga ke tengah malam semalam. Kini pendawaian elektrik dibantu oleh En. Anuar salah seorang ahli Jamaah kami. En Anuar juga merupakan Kontraktor pendawaian dan juga pemilik teksi persendirian… Kerja pendawaian berjalan dengan lancar dibantu amatur jamaah kami En.Hashim, En.Azman dan lain dan tak bukan Abang Wan handsem kami....


Pada malam, hanya 5 orang sukarelawan yang melakukan kerja pendawaian ini kerana yang lain pergi main badminton. Ia merupakan salah satu acara mingguan mereka. Kena latih 2 tahun lagi... baru jemput saya...he..he..Ia tiada kaitan dengan aktiviti surau al-mukhlishin..
Kami masih menunggu bingkai tingkap sementara menunggu kerja-kerja plaster dinding diklakukan. Yang pasti kerja-kerja plaster telah bermula lebih kurang 25% ruang dalam dinding dan juga memasang rabung atap genting.



Rasa gembira apabila surau sementara kami ini hampir siap terutamanya untuk menyambut bulah Ramadhan dengan agenda utama Solat Terawikh berjamaah. Bangunan ini akan dijadikan sebagai Kelas Agama atau Balai Islam untuk aktiviti Masyarat terutamanya didalam aktiviti surau setelah Bangunan Utama Surau kami siap dibina. Namun begitu Perjuangan kamiu masih jauh dan banyak cabaran... Insya-Allah kami tetap akan usahakan.


Terimakasih diucapkan kepada sukarelawan terutamanya En.Anuar, Hisham, Abg Wan Handson, Azman dan En Zhori...

Wslm

Tamsir cuma tukang ambil gambar




Monday, September 18, 2006

Oii.. Pasang atap dan ikat bata....

Assalamualaikum wbt

Pada hujung Minggu lepas adalah progress yang paling pantas berbanding sebelumnya. Ini kerana.. kerja-kerja mengikat bata dan memasang atap genting dilakukan beramai-ramai. Ikat bata majoriti dilakukan oleh pekerja Indonesia termasuk batu angin. Pada masa yang sama kita telah belajar cara-cara memasang atap atau bumbung genting. Memasang atap genting dilakukan selama dua iaitu hari Sabtu dan Ahad.

Memasang bumbung sebenarnya adalah lebih mudah dari yang apa yang disangka. Cuma kena belajar cara-cara dan tip memasang dengan pemerhatian yang teliti. Oii.. Panas giler kat atas tu… Sori le.. Saya kat bawah aje he..he … Namun begitu, kerja yang paling jerih kali ini ialah menaikkan atap genting ke atas bumbung. Rasa macam nak tanggal bahu kami. Tetapi atap genting tak cukup…! Mari angkat atap lagi sekali dari Surau Al-Hijrah Fasa 1. Kerja memgambil atap dilakukan pada sebelah petang Ahad. Kali ini, atap terus naikkan dari atas lori terus ke atas bumbung.


Pada masa yang sama, beberapa kumpulan melakukan beberapa kerja yang berlainan sementara menunggu sahabat yang lain berkumpul. Kerja seperti pendawaian elektrik dan meratakan tanah sekeliling bangunan. Ada banyak kerja nak kena butat sebenarnya... Faham-faham la .. kerja sukarelawan ni tak boleh paksa.. nanti tak nak datang.. tapi kawan-kawan kita ngam punya... Sungguhpun begitu, kalau dah balik.. nak datang semula ... hei... memang payah sikit... maklumla... sakit badan dah mula terasa.. Malahan ada sahabat yang mengambil peluang utk belajar asas pendawaian elektrik dengan tunjuk ajar kontraktor professional. Tarik wire, potong , pasang base soket dan sebagainya. Teman cuma tarik wayar aje...

Hari Ahad berakhir dengan hanya tinggal sedikit lagi untuk menyiapkan bahagaian rabung dan bahagian sambungan. Kerja-kerja ini akan disambung oleh pekerja Indonesia. Kerja-kerja plaster masih tertangguh sementara menunggu bingkai tingkap (Frame)tiba … Kerja-kerja ditamatkan setelah azan Magrib berkumandang di langit…


Terima Kasih Sahabat sekelian..
Terima Kasih Anda pembaca sekelian..
Terima Kasih Sponser sekelian..

Allah maha Besar..

sakit badan ... oii

Friday, September 15, 2006

Atap Sudah Mai...!

Assalamualaikum wbt

Pada malam tadi, dengan gembiranya kita menerima atap genting terpakai dari Surau Al-Hijrah Fasa 1. Atap genting terpakai ini masih di dalam keadaan baik dan sempurna. Cuma kena bersihkan sedikit lumpur dan saki-baki simen yang melekat tetapi ia bukan menjadi satu masalah… Semoga diberkati oleh Rahmat-Nya.

Menurut kabarnya, atap genting terpakai ini sebenarnya hendak digunakan sewaktu proses pembinaan surau Al-Hijrah Fasa 1. Namun begitu, mungkin kerana bujet yang sudah mencukupi, mereka mengambil keputusan untuk menggunakan atap yang baru dan atap genting ini diwakafkan kepada Surau Al-Mukhlishin Fasa 2 dan Surau Al-Ikhwan Fasa 3. Yang penting, ia tetap memberikan faedah... Terima Kasih diucapkan kepada Jama'ah Surau Al-Hijrah. Dengan jumlah ini, kita boleh menjimatkan kos atap genting yang berharga lebih kurang RM1.10~1.50 sekeping mengikut keadaan (Harga yg termurah).

Gotong royong malam ini hanyalah untuk memindahkan atap genting dari Surau Al-Hijrah Fasa 1 ke tapak surau Al-Mukhlishin dengan lori En.Nawi (Gambar bawah kanan) dengan percuma… Hati orang yang mulia. Kerja-kerja mengangkat genting bermula dari 9:40pm hingga melarat ke tengah malam. Al-maklumlah… jarang kerja berat… Sakit jari den.... berat juga genting ni...



Dengan jumlah sebanyak ini, insya-Allah.. cukuplah untuk bumbung Bangunan Surau atau Kelas KAFA kami…. Alhamdulillah diucapkan.

Baju merah sebelah atas ialah Abang Pian dan Baju belang (gambar kanan) atas lori ialah pemilik lori..En.Nawi. Esok kerja meratakan tanah sekeliling bangunan.





Tamsir tengah pening